Istana kota Damsyik
Istana kota Damsyik

Istana kota Damsyik

Istana kota Damsyik (Bahasa Arab: قلعة دمشق‎‎; translit.: Qalʿat Dimašq) adalah sebuah istana dan kubu kota zaman pertengahan yang besar di Damsyik, Syria. Ia adalah sebahagian daripada Kota Purba Damsyik, yang tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1979.Lokasi terkini kubu kota tersebut pertama kali dikubukan pada tahun 1076 oleh hulubalang Turkmen Atsiz bin Uvak, walaupun ia dalah mungkin tetapi tidak membuktikan bahawa kubu kota itu berada di tempat itu pada zaman Yunani dan Rom. Selepas pembunuhan Atsiz, projek itu diselesaikan oleh pemerintah Saljuk, Tutush I. Amir-amir pada zaman Burid dan Zenqid yang seterusnya telah menjalankan pengubahsuaian dan menambah struktur-struktur baru padanya. Semasa tempoh itu, kubu kota dan bandar telah dikepung beberapa kali oleh tentera-tentera Salib dan Muslim. Pada 1174, kubu kota itu telah dirampas oleh Salahuddin al-Ayyubi, sultan Ayubiyyah Mesir, menjadikannya sebagai kediaman baginda dan bangunan pertahanan dan kediaman yang diubah suai.

Istana kota Damsyik

Pemilik Direktorat Benda Purba dan Muzium (DGAM)
Status Separa musnah
Dibina 1076–1078 dan 1203–1216
Dikawal oleh Atsiz bin Uvak (1076–1078)
Dinasti Saljuk (1078–1104)
Dinasti Burid (1104–1154)
Dinasti Zengid (1154–1174)
Dinasti Ayubiyyah (1174–1260)
Kesultanan Mamluk (1260–1516)
Empayar Uthmaniyah (1516–1918)
Mandat Perancis Syria (1920–1946)
Republik Syria (1946–1958)
Republik Arab Bersatu (1958–1961)
Republik Arab Syria (1958–)
Diguna sejak Sehingga 1986
Perang Pengepungan Damsyik (1148)
Pengepungan oleh Kitbuqa (1260)
Pengepungan oleh Tamerlane (1401)
Dibina oleh Atsiz bin Uvak dan Al-Adil I
Koordinat 33°30′42″N 36°18′07″E / 33.511667°N 36.301944°E / 33.511667; 36.301944
Dibuka kepadaorang awam Ya
Bahan Batuan karbonat, basalt
Komanderterdahulu Nur ad-Din Zangi
Saladin
Al-Adil I
Baibars
Jenis Istana kota